Seminar Kerja-Ya!

Apa Majikan Mahu, Apa Pekerja Perlu Tahu?

Ramai orang mencari kerja. Ramai juga yang sudah bekerja.

Tetapi tidak ramai yang benar-benar memahami apa yang majikan cari semasa proses pengambilan pekerja, bagaimana untuk membina kerjaya yang lebih baik, serta hak dan tanggungjawab mereka sebagai pekerja.

Seminar Kerja-Ya! merupakan seminar kerjaya intensif selama satu hari yang menggabungkan perspektif majikan dan pekerja dalam satu platform. Program ini direka khas untuk membantu peserta memahami realiti dunia pekerjaan daripada dua sudut yang sering disalah fahami — apa yang majikan mahukan dan apa yang pekerja perlu tahu.

Melalui perkongsian daripada pakar industri, peserta akan mempelajari strategi praktikal untuk meningkatkan kebolehpasaran diri, menghadapi temuduga dengan lebih yakin, memahami offer letter, mengurus jangkaan kerjaya, serta mengenali hak-hak pekerja berdasarkan undang-undang pekerjaan di Malaysia.


Mengapa Anda Perlu Hadir?

Ramai calon menghantar ratusan permohonan kerja tetapi tidak dipanggil temuduga.

Ramai pekerja menerima tawaran kerja tanpa memahami kandungan offer letter.

Ramai juga yang tidak mengetahui hak mereka semasa tempoh percubaan (probation), waktu bekerja, cuti, disiplin, dan penamatan pekerjaan.

Seminar ini dibangunkan untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut secara terus daripada perspektif majikan yang membuat keputusan pengambilan pekerja dan pakar sumber manusia yang berpengalaman dalam undang-undang pekerjaan.


Apa Yang Akan Dipelajari?

Perspektif Majikan: Apa Yang Recruiter dan Hiring Manager Mahu Lihat

  • Apa yang menyebabkan resume dipilih atau ditolak

  • Kesilapan biasa yang menyebabkan calon gagal dipanggil temuduga

  • Bagaimana menjawab soalan temuduga dengan lebih meyakinkan

  • Cara menentukan dan berunding gaji yang sesuai

  • Red flags yang sering dilihat oleh majikan semasa proses pengambilan pekerja

Perspektif Pekerja: Hak, Tanggungjawab dan Realiti Dunia Kerja

  • Memahami kandungan offer letter sebelum menandatangani

  • Hak pekerja semasa probation

  • Salah faham yang sering berlaku antara pekerja dan majikan

  • Perkara yang perlu diketahui sebelum berhenti kerja

  • Hak pekerja berdasarkan amalan dan undang-undang pekerjaan di Malaysia

Forum Interaktif

  • Sesi soal jawab secara langsung bersama panel

  • Perbincangan situasi sebenar di tempat kerja

  • Pandangan majikan dan pekerja terhadap isu-isu kerjaya semasa


Siapa Yang Patut Hadir?

Program ini sesuai untuk:

  • Fresh graduates

  • Pelajar tahun akhir IPTA/IPTS

  • Pencari kerja

  • Individu yang sedang menghadiri temuduga

  • Pekerja yang baru memasuki alam pekerjaan

  • Mereka yang ingin bertukar kerjaya

  • Individu yang ingin memahami hak pekerja dan expectation majikan dengan lebih baik


Penceramah

Ahmad Yusuf

Pakcik Career & CEO, Elite Career Centre

Berpengalaman dalam bidang pengambilan pekerja, pembangunan kerjaya dan latihan profesional. Beliau akan berkongsi pandangan sebenar daripada perspektif majikan tentang apa yang membezakan calon biasa dengan calon yang berjaya mendapat pekerjaan.

Dr. Nadzrah Yusof

Makcik Labor & Bekas Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia

Mempunyai pengalaman luas dalam bidang undang-undang pekerjaan, hubungan perusahaan dan pematuhan sumber manusia. Beliau akan membantu peserta memahami hak pekerja serta isu-isu yang sering berlaku di tempat kerja.


Maklumat Program

Tarikh: 27 Jun 2026 (Sabtu)
Masa: 9.00 Pagi – 6.00 Petang
Lokasi: Dorsett Grand Subang, Subang Jaya

Yuran Penyertaan Termasuk:

  • Bahan latihan

  • Sijil penyertaan

  • Sarapan pagi

  • Makan tengah hari

  • Minum petang

  • Peluang bertanya soalan secara langsung kepada penceramah


Hasil Pembelajaran

Selepas menghadiri seminar ini, peserta akan:

✅ Memahami apa yang majikan benar-benar cari semasa proses pengambilan pekerja.

✅ Mengetahui cara memperbaiki resume dan prestasi temuduga.

✅ Lebih yakin dalam membuat keputusan berkaitan tawaran kerja dan kerjaya.

✅ Memahami hak dan tanggungjawab sebagai pekerja.

✅ Mengurangkan risiko membuat kesilapan yang boleh menjejaskan perkembangan kerjaya.

✅ Mempunyai gambaran yang lebih jelas tentang hala tuju kerjaya dan dunia pekerjaan sebenar.


Kerja bukan sekadar dapat offer letter.

Kerja adalah tentang memahami bagaimana untuk mendapatkan peluang, berkembang dalam organisasi, dan melindungi diri daripada kesilapan yang boleh memberi kesan kepada masa depan kerjaya.

Sertai Seminar Kerja-Ya! dan fahami apa majikan mahu, serta apa pekerja perlu tahu.

  • Date : June 27, 2026
  • Time : 9:00 am - 6:00 pm (Asia/Kuala_Lumpur)
  • Venue : Online

Related Events

B2B public training
Scroll to Top